Tuesday, January 20, 2009

Persekitaran Pembelajaran (Bilik Darjah)


(Gambaran biasa sebuah bilik darjah.....)
Bidang pendidikan berkembang begitu pesat sekali, hampir setiap hari kita terbaca berita berkaitan dengan isu-isu pendidikan. Antara pembaharuan dan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh pihak kementerian berkaitan dengan bidang pendidikan ialah:


a) semakan semula kurikulum KBSM...


b) PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris)..


c) integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran..


d) 'school based evaluation' .....




Berdasarkan kepada beberapa pembaharuan yang telah diperkenalkan itu. Sila komen


a) sejauhmanakah prasarana fizikal sesebuah bilik darjah yang ada sekarang ini mampu untuk menampung perubahan yang diperkenalkan....


b) pada pandangan anda susunan fizikal yang bagaimana sesuai untuk pembelajaran era terkini....





26 comments:

SITI SARAH said...

Saya telah lama meninggalkan alam persekolahan dan telah lama tidak menjejakkan kaki ke bilik darjah mana-mana sekolah. Persekitaran sekarang sudah pasti jauh berbeza dari tahun-tahun 80an dan 90an. Daripada apa yang dapat dilihat, mungkin sesetengah sekolah mampu memberikan persekitaran yang sesuai seperti menyediakan LCD, komputer dan sebagainya, untuk menampung perubahan yang diperkenalkan.
Dari segi susunan fizikal, mungkin susunan yang lebih 'santai' agak sesuai, tapi masih mengekalkan sedikit 'kawalan' agar para pelajar tidak terlalu leka dan bersikap ambil mudah. Susunan di mana para pelajar duduk menghadap satu sama lain mungkin membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan bahan bacaan berkala dan juga harian seperti majalah ilmiah dan suratkhabar di satu sudut kelas juga dapat membantu pelajar dan guru. Dan adalah lebih baik jika jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas dapat dihadkan kepada 20-25 orang sahaja akan memudahkan proses P&P.

nurul said...

prasarana yang lengkap amat penting di dalam bilik darjah agar proses matlamat p&p yang digariskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan terhadap para pelajar. penggunaan ICT adalah langkah yang bijak dalam melahirkan insan yang sentiasa berkembang ilmunya di samping dapat memperoleh ilmu dengan lebih mudah dan cepat di internet. namun, masalah utama yang sering berlaku adalah kurangnya bilangan komputer di sekolah sehingga menyebabkan proses pembelajaran pelajar terganggu kerana terpaksa berkongsi menggunakan komputer yang sama.

pengajaran matematik dan sains di dalam bahasa inggeris pula bagi saya ada pro dan kontranya. baiknya, ia membantu pelajar untuk mendalami bahasa inggeris supaya menjadi lebih baik terutamanya pelajar melayu. tetapi buruknya, hal ini menjadi beban kepada pelajar yang di tahap yang begitu lemah dalam bahasa inggeris untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan sehingga menyebabkan proses pengajaran menjadi lambat kerana perlu memastikan pelajr betul-betul faham pada tajuk yang disampaikan sebelum bertukar kepada tajuk yang berikutnya. malah ia juga merumitkan guru-guru kerana terpaksa merangka cara pengajaran yang baru supaya proses p&p mereka berjalan lancar di dalam kelas.

jika dilihat pada struktur kelas pada masa kini, kebanyakan sekolah bercirikan susunan kelas yang sama, iaitu kedudukan pelajar yang sejajar dan teratur. keadaan ini mugkin lebih tertib dan memudahkan guru untuk memantau para pelajarnya semasa proses pengajaran agar tidak ada pelajarnya yang ketinggalan.

sebaiknya, penggunaan LCd atau OHP digunakan semasa P&P kerana pelajar kebiasaannya inginkan sesuatu pembaharuan terutamanya semasa proses pembelajaran agar mereka tidak merasa jemu dan bosan.

selain itu, keadaan bilik darjah juga hendaklah dihias dengan warna yang cerah agar timbul susna yang ceria di dalam kelas. ini kerana, suasana yang suram di dalam kelas akan memeri kesan yang negatif kepada suasana dan mood pelajar.

pelbagai bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru-guru semasa mengajar bagi menjamin berkesannya proses p&p yang dijalankan.

nurul said...

prasarana yang lengkap amat penting di dalam bilik darjah agar proses matlamat p&p yang digariskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan terhadap para pelajar. penggunaan ICT adalah langkah yang bijak dalam melahirkan insan yang sentiasa berkembang ilmunya di samping dapat memperoleh ilmu dengan lebih mudah dan cepat di internet. namun, masalah utama yang sering berlaku adalah kurangnya bilangan komputer di sekolah sehingga menyebabkan proses pembelajaran pelajar terganggu kerana terpaksa berkongsi menggunakan komputer yang sama.

pengajaran matematik dan sains di dalam bahasa inggeris pula bagi saya ada pro dan kontranya. baiknya, ia membantu pelajar untuk mendalami bahasa inggeris supaya menjadi lebih baik terutamanya pelajar melayu. tetapi buruknya, hal ini menjadi beban kepada pelajar yang di tahap yang begitu lemah dalam bahasa inggeris untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan sehingga menyebabkan proses pengajaran menjadi lambat kerana perlu memastikan pelajr betul-betul faham pada tajuk yang disampaikan sebelum bertukar kepada tajuk yang berikutnya. malah ia juga merumitkan guru-guru kerana terpaksa merangka cara pengajaran yang baru supaya proses p&p mereka berjalan lancar di dalam kelas.

jika dilihat pada struktur kelas pada masa kini, kebanyakan sekolah bercirikan susunan kelas yang sama, iaitu kedudukan pelajar yang sejajar dan teratur. keadaan ini mugkin lebih tertib dan memudahkan guru untuk memantau para pelajarnya semasa proses pengajaran agar tidak ada pelajarnya yang ketinggalan.

sebaiknya, penggunaan LCd atau OHP digunakan semasa P&P kerana pelajar kebiasaannya inginkan sesuatu pembaharuan terutamanya semasa proses pembelajaran agar mereka tidak merasa jemu dan bosan.

selain itu, keadaan bilik darjah juga hendaklah dihias dengan warna yang cerah agar timbul susna yang ceria di dalam kelas. ini kerana, suasana yang suram di dalam kelas akan memeri kesan yang negatif kepada suasana dan mood pelajar.

pelbagai bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru-guru semasa mengajar bagi menjamin berkesannya proses p&p yang dijalankan.

Faizah said...

a) Pada pendapat saya prasarana fizikal sesebuah bilik darjah pada masa kini masih belum mampu untuk menampung perubahan yang diperkenalkan. Hal ini lebih ketara di sekolah-sekolah luar bandar berbanding sekolah-sekolah di bandar.

PPSMI contohnya mungkin masalah yang besar bagi pelajar-pelajar di bandar yang rata-ratanya mempunyai latar belakang keluarga yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Ingeris. Namun bagi pelajar-pelajar luar bandar, prasarana yang lebih baik diperlukan bagi mereka memahami dua perkara (isi kandungan atau content dan bahasa inggeris) secara sekaligus. antara bahan yang boleh membantu adalah seperti komputer dan LCD yang boleh menayangkan pembelajaran secara visual untuk memudahkan pelajar lebih memahami.

Bagi integrasi ICT pula, kemudahan makmal komputer sudah pun disediakan hampir di semua sekolah di seluruh malaysia. Namun kewujudan makmal komputer sahaja tidak mencukupi kerana berdsarkan pengalamn, komputer-komputer yang ada di sekolah-sekolah mengalami kerosakan, malah hanya beberapa komputer sahaja yang boleh digunakan. Hal ini menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi komputer dan meyukarkan proses pembelajaran dan pengajaran.

Oleh itu, prasarana fizikal di bilik darjah harus ditambah lagi untuk menampung perubahan yang diperkenalkan.

b) Susunan fizikal yang sesuai:

1) Bilangan murid dalam kelas mestilah tidak melebihi 30 orang.

2) Pelajar duduk secara berpasangan bagi membolehkan perbincangan tidak formal semasa proses pembelajaran. cth: bertanya pada rakan sebelah sekiranya terdapat kemusykilan sebelum bertanya pada guru.

3) susun atur perabot harus ringkas supaya tidak terlalu serabut dan keadaan kelas harus nampak ceria dan lapang.

najwa hayatee said...

bagi pendapat saya,prasarana fizikal sesebuah bilik darjah tidak terlalu mempengaruhi perubahan yang diperkenalkan.apa yang penting adalah kemampuan guru tersebut dalam melaksanakan perubahan tersebut.contohnya untuk PPSMI,apa yang perlu ditekankan adalah kebolehan dan kemampuan guru untuk menyalurkan kandungan ilmu secara tepat dan padat.

tetapi jika dilihat dari sudut pembaharuan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, prasarana fizikal (jumlah komputer) ini perlu dititikberatkan.ini kerana jumlah prasarana yang mencukupi harus mampu untuk menampung jumlah pertambahan pelajar dari semasa ke semasa.

amatlah penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat input daripada setiap apa yang diajar oleh guru tersebut.seperti yang telah kita ketahui,pembelajaran ICT sangat penting dalam melahirkan dan menyediakan insan yang berkualiti yang mampu bersaing dengan dunia luar.

pada pandangan saya, susunan meja setiap pelajar harus mendepani guru.ini adalah untuk memastikan guru dapat memerhati dan memantau setiap pelajar dengan lebih berkesan.

selain itu, guru harus memastikan setiap pelajar terlibat dalam hal ehwal kebersihan kelas kerana kelas yang bersih dan ceria mampu menyediakan ketenangan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.bilangan pelajar juga harus diambil kira.ini penting kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai akan menyebabkan situasi pembelajaran agak terganggu dan kurang selesa.jadi, bilangan pelajar harus sepadan dengan saiz kelas.

Miss Nurul said...

a) prasarana fizikal sesebuah bilik darjah yang ada pada hari ini masih kurang mampu untuk menampung perubahan yang diperkenalkan. Ini jelas kita lihat pada aspek integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran teruatma yang terdapat di sekolah-sekolah daerah luar bandar. Mereka selalunya kekurangan dan masih jauh ketinggalan di belakang. Kemudahan komputer dan internet sememangnya tidak dapat dirasai bagi sekolah-sekolah yang terdapat di kampung mahupun pulau-pulau pedalaman. Malah ada di antara mereka yang masih belum pernah menyentuh komputer dan apa lagi mengetahui apa itu internet.. Jadi dengan keadaan ini bagaimana kita dapat menampung perubahan yang diperkenalkan.

Begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tidak semua sekolah dapat mengikuti perubahan ini kerana lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ini sekaligus melemahkan murid-murid sekolah di luar daerah tidak dapat menguasai pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

b) Secara umumnya, kita suka melihat pada suasana yang indah dan menarik. Ini membolehkan kita menjadi aman tenteram dan senang untuk melaksanakan sesuatu tugas. Begitu juga dengan susunan fizikal yang sesuai pada era kini... murid2 pastinya akan lebih gemar pada suasana yang bukan hanya semata-mata meja kerusi dan papan tulis, tetapi lebih kepada suasana yang versatile dan cukup untuk menimbulkan suasana minat belajar. Sebagai contoh para guru dan murid-murid bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang fleksibel dan lebih kondusif.. tidak terhad kepada suasana bilik darjah semata2... mewujudkan mini perpustakaan, komputer dan internet di dalam kelas.. menggunakan LCD dan sebagainya.. Ini semua pastinya akan menarik minat murid-murid untuk belajar dan sangat sesuai dengan pembelajaran era terkini.

SITI said...

Saya Siti Nursyahida bt saad ingin memberikan pandangan saya A) prasarana yg disediakan sekarang disekolah melalui ICT dalam pengajaran dapat menarik minat murid untuk belajar disamping dapat memberikan gambaran yg lebih jelas kepada murid-murid,melalui pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris pula saya bersetuju kerana dapat mendedahkan penggunaan bahasa tersebut kepada mereka secara tidak langsung dapat menarik minat serta memupuk minat mereka terhadap bahasa inggeris. Dengan ini kita akan dapat melahirkan pelajar yg cemerlang dari segi akedemik dan juga dapat mendedahkan penggunaan ict kepada pelajar.

B) Pada pandangan saya susunan fizikal yang perlu dipraktikkan pada masa kini dan bersesuaian dengan pembelajaran era kini adalah melihat kepada keselesaan pelajar tidak perlu terlalu tersusun dan teratur dalam erti kata terlalu skema, tetapi kita harus mengamalkan suasana belajar seperti di negara-negara maju yang lain seperti Amerika yg mengamalkan seperti suasana kuliah, namun masih teratur, kemas dan selasa untuk pembelajaran murid. Tetapi di dalam kelas guru haruslah memainkan peranan memberi tunjuk ajar untuk menghiaskan kelas menampal gambar yg sesuai dengan pembelajaran agar suasana kelas nampak ceria,memasang alas meja serta memasang langsir dan sebagainya agar suasana bilik darjah lebih selasa, ceria dan teratur untuk pembelajaran.

mira said...

a- perubahan prasarana fizikal sesebuah bilik darjah sekarang banyak mendatangkan faedah antaranya penguasaan pelajar dalam bahasa inggeris, penggunaan ICT sewaktu sesi pembelajaran yang memudahkan untuk pelajar memahami isi kandungan pelajaran sekaligus menarik minat pelajar untuk terus belajar.manakala peralatan di dalam kelas juga

b- susunan fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era terkini ialah pembelajaran berteraskan ICT. Sejajar dengan perkembangan pelajar masa kini yang minat dan mereka inikan sesuatu yang mudah. secara tidak langsung, penggunaan ICT ini tidak ada had masa tertentu. manakala kelas pula,perlu diubah dari segi bilangan pelajar di dalam kelas supaya aplikasi pembelajaran ini lebih mudah dan mencapai matlamat. suasana persekitaran kelas juga mudah untuk dikawal.

ifatifa said...

a)pada pendapat saya, tidak semua kelas di setiap sekolah yang mempunyai prasarana fizikal yang lengakap, ini kerana ada pelbagai faktor yang mungkin melambatkan proses untuk menyediakan prasarana tersebut.disamping itu juga, jika prasarana disesebuah sekolah itu lengkap tetapi tidak dimanfaatkan dengan baik, ia juga tidak mendatangkan faedah.oleh itu apa yang penting ialah kesemua tenaga sekolah perlu bekerjasama untuk menggunakan prasarana fizikal yang dibekalkan dan mengetahui teknologi-teknologi terkini untuk membolehkan kesemua pembaharuan yang dijalankan itu dapat direalisasikan. cikgu perlu menarik minat para murid untuk belajar dengan menggunakan teknologi. ia mungkin akan berguna untuk pelajar yang berada dipendalaman seperti di perkampungan orang asli yang terpinggir dengan kemudahan teknologi terkini dan kemudahan fizikal yang lebih baik. ini akan menarik minat anak-anak murid dari kalangan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.



b)susunan fizikal yang saya rasa sesuai untuk sistem pembelajaran terkini ialah mengikut kreativiti kelas itu sendiri mengikut keselesaan.disamping itu kesemua prasarana fizikal yang dibekalkan itu hendaklah selari dengan era terkini seperti meja yang sesuai dan selesa, kerusi yang selesa tidak seperti dulu kerusi kayu yang menyebabkan kurang keselesaan jika belajar terlalu lama ataupun belajar didalam kelas yang beraircond.penggunaan lcd atau whitebord perlu diadakan didalam kelas dan tidak menggunakan papan hitam dan kapur.penggunaan lcd itu akan mencepatkan proses pembelajaran dan boleh menarik minat para pelajar.

Noorul Huda Saiepuddin said...
This comment has been removed by the author.
sara said...

a) Apa yang dapat dilihat daripada perkembangan dan penstrukturan semula bilik darjah serta prasarana dapat memberi persekitaran baru yang lebih selesa kepada pelajar-pelajar untuk menjalani aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan.Contohnya penggunaan ict dan teknologi maklumat yang membuka minda pelajar-pelajar supaya mereka lebih celik IT. Setiap sekolah banyak dibekalkan dengan kemudahan komputer,laptop dan lain-lain untuk kemudahan para guru dan pelajar. Penggunaan ICT ini adalah wajar pada era globalisasi.

b)susunan fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era kini ialah persekitaran bilik darjah yang bersih dan selesa untuk sebarang aktiviti pembelajaran dengan susun atur meja dan kerusi serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan kepada pelajar-pelajar.Kebanyakan sekolah banyak menggunakan kemudahan internet dan ict dalam proses pembelajaran kerana ia amat menyeronokkan dan menarik disamping penyediaan bahan-bahan ilmiah seperti majalah dan suratkhabar dan sebagainya. Suasana bilik darjah yang ceria membantu para pelajar.

umi said...

Pada pendapat saya prasarana fizikal sesebuah bilik darjah yang ada sekarang masih tidak mampu menampung perubahan era pembelajaran yang diperkenalkan sekarang.Jika kita lihat kebanyakan sekolah masih belum menyediakan prasaranan pendidikan berteknologi sejajar yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Dari segi susunan fizikal dalam bilik darjah pula,susunan meja dan alat bantu mengajar yang digunakan hendaklah tidak menghalang pandangan para pelajar dan tidak mengganggu keselesaan para pelajar dan pengajar.Dengan itu para pelajar mampu memberikan tumpuan yang baik semasa proses pembelajaran dan mampu memahami pengajaran yang disampaikan..

miz who-da said...

Pada pendapat saya ,persekitaran bilik darjah pada masa sekarang sudah banyak berubah daripada dulu,bilik dearjah pada masa sekarang perlu dilengkapi dengan sumua keperluan teknologi pada masa kini contoh seperti lcd,ohp,projector,tv,tetapi pada masa yang sama mengekalkan papan hitam atau putih di hadapan kelap ,susunan kerusi perlu mengikut kesesuaian pelajar supaya mereka mudah melihat guru di hadapan,di samping itu bilik darjah perlulah sentiasa kelihatan ceria untuk menarik minat pelajar belajar,kerusi jug akalau boleh tidak digunakan kerusi kayu lagi tetapi kerusi yang lebih fleksible dan yang penting kerusi itu dapat memberikan keselesaan...

tENGKu said...

a) kecanggihan teknologi yang sedia ada pada masa kini kurang komprehensif untuk menyaingi perubahan sistem pendidikan dan pembelajaran yang sentiasa mengalami perugahan. Ini menjadikan keseimbangan antara faktor persekitran dengan pembelajaran tidak bersesuaian dan tidak kondusif..penggunaan teknologi yang wujud mampu dimanfaatkaan dan diaplikasikan sepenuhnya jika ia digunakan secara sistematik dan berkesan..

b)susunan fizikal dalam pembelajaran adalah mengikut keadaan persekitaran yang berbeza..keadaan fizikal yang bersifat keselesaan mampu untuk memberikan suasana yang dapat membantu dalam peningkatan tumpuan dalam pembelajaran.

sal said...

a)Pada pandangan saya, dengan adanya prasarana-prasarana yang disediakn di setiap sekolah dapat memudahkan lagi sistem pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. penggunaan ict dalam matapelajaran sains dan matematik boleh disampaikan dengan mudah dengan menggunakan powerpoint dan sebagainya.

b)pada pandangan saya, susun fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era terkini ialah mesti diambil kira kedudukan pelajar di dalam kelas. contohnya paparan lcd mestilah berada di hadapan kelas supaya semua pelajar dapat melihat dan menumpukan kepada pembelajaran.selain itu, persekitaran kelas juga memainkan eranan yang penting. tingkap kelas mstilah terbuka luas barulah sistem pengudaraan yang baik masuk ke dalam kelas dan suasana seperti ini tidak akan menjadikan pelajar mengantuk.Jika boleh bilangan pelajar dalam kelas jangan lah terlalu ramai.

minie said...

a) apa yang kita lihat, prasarana bilik darjah yang ada sekarang ini mampu menampung perubahan yang diperkenalkan oleh pihak kementerian antaranya melalui penggunaan ICT dalam pengajaran & pembelajaran pelajar.dengan sebab itu, pelajar-pelajar akan dapat menikmati sistem pembelajaran yang lebih berkesan

b) pada pandangan saya, susunan fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era terkini ialah dengan melaksanakan dan memantapkan lagi dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh kementerian. ini dapat kita lihat penggunaan ICt dalam P&P,memehirkan pelajar-pelajar berbahasa inggeris dengan lebih sistematik dengan mewujudkan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. di samping itu, kualiti sekolah dapat dinilai melalui school based evolution. semakan semula pengajaran KBSM secara langsung akan dapat meningkatkan lagi kualiti susunan fizikal pembelajaran.

khai said...

soalan a

pada pendapat saya, prasarana fizikal sesebuah bilik darjah yang ada sekarang ini mampu untuk menampung perubahan yang diperkenalkan. Ini adalah kerana ia member banyak kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran supaya berlangsung dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan. namun begitu, secanggih mana atau sebaik manapun prasarana fizikal dalam sesebuah billik pun apabila ia tidak digunakan sepenuhnya oleh pelajar atau guru, maka perubahan yang diimpikan tidak akan tercapai. Tambahan lagi, prasarana fizikal yang lengkap hanya boleh didapati di sekolah-sekolah kawasan Bandar, dan keadaaannya amat jauh berbeza dengan sekolah-sekolah yang berada di luar bandar.


Soalan b

Saya rasa susunan fizikal yang sesuai dengan pembelajaran era kini ialah susunan yang mengutamakan keselesaan kepada guru dan pelajar untuk memberi dan menerima ilmu. maksudnya ia tidak memberi tekanan kepada pelajar dalam menerima ilmu seperti paparan lcd yang jelas,susunan meja yang pelbagai seperti melengkung atau berbentuk bermacam ragam juga boleh digunakan.

hidayah said...

a) pada pendapat saya, prasarana fizikal sesebuah bilik darjah yang ada sekarang ini mampu untuk menampung perubahan yang diperkenalkan,namun perlu diadakan perubahan dari segi pengubahsuaian bilik darjah dari segi keluasan bilik supaya pelajar dapat belajar dengan lebih selesa disamping penggunaan ict yang dapat menarik minat untuk belajar dengan lebih mendalam lagi.

b)pada pandangan saya, susunan fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era terkini adalah perlu lebih fleksibel dan sistematik seperti kemudahan kerusi meja yang mencukupi yang disusun secara bulatan atau berpasang-pasangan menghadap white board, mewujudkan sudut bacaan dipenjuru kelas supaya pelajar dapat menghabiskan masa dengan membaca buku yang disediakan,penggunaan white board,sekiranya sekolah itu berkemampuan,,wajar setiap kelas meletakkan komputer sebagai kemudahan untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, perlu meletakkan maklumat berkaitan pelajaran di dinding supaya memudahkan pelajar mengingati pelajaran yang dipelajari disamping menambahkan keceriaan di dalam kelas.

imzah said...

a)pada pendapat saya, prasarana fizikal yang sedia ada sekarang ini sedikit sebanyak mampu untuk menampung perubahan yang diperkenalkan. namun, terdapat banyak lagi yang perlu diambilkira dalam aspek pengubahsuaian bilik darjah yang mana aspek penggunaan ict oleh guru kepada pelejar juga perlu diutamakan. seperti penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik, kebanyakan pelajar kurang memahami apa yang dipelajari kesan daripada penggunaan bahasa inggeris.

b)susunan fizikal dalam bilik darjah perlu lebih sistematik bagi mengelakkan pelajar berbual kosong. antaranya susunan meja dalam bentuk bulatan atau segiempat, penggunaan white board,menyediakan sudut bacaan dalam kelas.jika sekolah berkemampuan, wajar disediakan sebuah komputer.

Noorul said...

salam...

pada pandangan saya, prasarana fizikal sebuah kelas adalah amat penting bagi menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. bukan sahaja terkesan kepada pelajar, bahkan juga kepada tenaga pengajar. prasarana fizikal yang menjadi tumpuan pada era terkikni adalah seperti penggunaan ICT, LCD dan penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik. keceriaan kelas juga amat penting bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. cuba bayangkan jika sebuah kelas tersebut tidak terurus, bersepah dan kelas yang ada bau yang tidak menyenangkan? bukan sahaja ianya terkesan kepada emosi pelajar, tetapi juga guru yang ingin masuk ke kelas tetrsebut.

keadaan yang selesa semasaa sesi pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting supaya sesi tersebut dapat bejalan dengan baik. fokus pelajar hendaklah kepada guru yangn mengajar. selain itu, belajar secara dua hala di antara guru dan juga pelajar juga adalah amat penting.

intan said...

Salam...

tujuan dan objaktif kerajaan untuk memajukan lagi bidang pendidikan di Malaysia selaras kemajuan dunia hari ini yang menuntut masyarakat untuk mara kehadapan sememangnya baik dan boleh di terima pakai. namun beberapa perkara harus difikirkan dan diperbaiki selaras motif kerajaan ini. pada pendapat saya bagi 2 soalan yang dikemukakan ialah:-

a) sepertimana yang diketahui, mungkin kebanyakan bilik darjah di sekolah di kawasan bandar boleh dikatakan selesa dan besar tetapi bagi bilik darjah di kawasan kampung dan pedalaman agak daif dan miskan. penggunaan komputer di dalam kelas masakini seharusnya dipertingkatkan sesuai peredaran zaman dimana kanak-kanak sendiri sudah pandai menggunakan komputer dan mengakses internet di luar bilik darjah. kemampuan ini seharusnya digunapakai untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mereka dalam pembelajaran. pelajar kini sudah jemu dan bosan dengan kaedah pembelajaran lama yang sekadar menggunakan buku teks dan bercakap tanpa henti sehingga habis waktu kelas. bilangan pelajar haruslah dikurangkan agar semua pelajar dapat merasai suasana ilmu, lebih mendapat perhatian guru dan selesa. kebersihan dan keceriaan kelas juga seharusnya dititikberatkan agar murid sentiasa berasa selesa, ceria dan berdisiplin. pelbagai alatan teknologi yang lain harus digunapakai dan diperkenalkan pelajar kerana merekalah generasi pemimpin di masa akan datang.

Radiah Zakaria said...

a)prasarana fizikal sesebuah bilik darjah yang ada sekarang ini masih tidak mampu untuk menampung perubahan yang diperkenalkan.contohnya bagi pengunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana walaupun kaedah integrasi ICT digunapakai tetapi faktor persekitaran bilik darjah juga perlu diambil kira seperti keadaan bilik darjah yang sempit dan kadar bilangan pelajar yang terlampau ramai. keadaan ini boleh menyebabkab pelajar tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesi pembelajaran kerana faktor ketidakselesaan di dalam kelas. Kesimpulannya pembaharuan yang hendak dilakukan mestilah juga mengambil kira faktor persekitaran kelas dan keselesaan pelajar. dengan ini barulah dapat memenuhi matlamat sebenar pembaharuan yang dilakukan.

b) pada pandangan saya susunan fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era terkini ialah

i)menempatkan jumlah pelajar yang tidak terlampau ramai dalam setiap kelas. pada pendapat saya tidak lebih dari 25 orang.

ii)selain itu hendaklah memastikan setiap prasarana seperti kipas, lampu, cermin, pintu berfunsi dengan baik dan boleh digunapakai oleh pelajar.

iii)menempatkan satu sudut bacaan di dalam setiap kelas dengan dipenuhi bahan-bahan bacaan yang berguna supaya masa lapang pelajar terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

iv) kecerian dan kebersihan kelas perlu dititiberatkan untuk menjamin keselesaan pelajar dalam pembelajaran.

v) menggalakkan pelajar menggunakan bahasa inggeris dalam percakapan seharian di dalam kelas

SITI NADIA KHALID said...

a. sebenarnya prasarana yang disediakan oleh kementerian mampu menampung perubahan dalam bidang pendidikan masa kini. Persoalannya sekarang sejauh mana penggunaanya? hal ini kerana kebanyakkan guru masih lagi menggunakan kaedah lama iaitu "talk and chalk". oleh itu satu perubahan besar perlu dilakukan dengan menggunakan semaksimum mungkin prasarana yang disediakan.

B)pada pandangan saya, satu anjakan paradigma perlu dilakukan dalam susunan fizikal bilik darjah. persekitaran yang lebih kondusif serta kemudahan yang mencukupi seperti komputer perlu diwujudkan bagi memberi keselesaan kepada para pelajar. di samping itu, bilangan pelajar dalam sesebuah kelas juga perlu dititikberatkan kerana kebanyakkan sekolah di luar bandar mempunyai lebih daripada 40 orang pelajar dalam sesebuah kelas- Nadia

zainun yasin said...

a)prasarana fizikal sesebuah bilik darjah yang ada sekarang ini masih tidak mampu untuk menampung perubahan yang diperkenalkan jikalau pelajar sendiri tidak berminat untuk membuat perubahan. Selain itu faktor kelas juga memainkan peranan penting untuk membuat sebarang perubahan seperti dari aspek keadaan kelas yang mungkin tidak sesuai untuk dijadikan kelas ict oleh sebab faktor ruang dan sebagainya. perubahan yang mendadak juga boleh mengelirukan dan menyukarkan pelajar . oleh itu sebarang perubahan yang ingin dilakukan perlu diambil kira dari semua aspek terutama dari sudut persekitaran kelas dan keselesaan pelajar.
b)pada pandangan saya, susunan fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era terkini ialah dengan menekankan aspek keselesaan pelajar semasa di dalam bilik darjah seperti bilangan pelajar yang sesuai dan tidak terlalu padat bagi setiap kelas,suasana yang tenteram, susun atur kerusi dan meja yang sistematik dan di samping kemudahan-kemudahan yang lengkap untuk kegunaan para pelajar bagi memastikan segala perubahan yang ingin dilakukan mampu untuk direalisasikan.

suzana said...

Assalamualaikum w.b.t

a) Pada dasarnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mementingkan kepada ilmu pengetahuan. Justeru itu, pelbagai pembaharuan diperkenalkan dari masa ke semasa oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan lagi taraf serta mutu pendidikan negara. Namun begitu, prasarana fizikal sesebuah bilik darjah sekarang ini masih lagi tidak dapat menampung perubahan yang dikehendaki oleh pihak kementerian sedangkan ia merupakan faktor penting. Hal ini kerana, suasana bilik darjah dapat mempengaruhi sesi pembelajaran yang dilakukan oleh guru di sekolah. Struktur ruang belajar yang begitu sempit serta jumlah pelajar yang ramai akan menyukarkan proses pengajaran & pembelajaran. Segala peralatan yang digunakan di dalam kelas masih lagi di tahap sederhana. Oleh itu, pihak sekolah serta guru-guru perlulah memainkan peranan utama dalam menangani masalah ini agar segala pembaharuan yang diinginkan akan dapat diaplikasikan dengan jayanya.

b) Pada pandangan saya, struktur susunan fizikal yang sesuai untuk pengajaran & pembelajaran era terkini ialah bergantung kepada subjek itu sendiri, yang mana jika matapelajaran itu memerlukan pelajar belajar di luar bilik darjah, maka ia haruslah sedemikian rupa. Contohnya: matapelajaran sains yang menuntut pelajar berada di dalam makmal, untuk membuat ujikaji atau sebarang ujian klinikal. Sekiranya, pelajar hanya belajar teori semata-mata, maka pendidikan tersebut tidak akan berkesan dalam diri pelajar tersebut. Begitu juga dengan matapelajaran Geografi, Kemahiran Hidup, IT, dan sebagainya. Suasana bilik darjah pula mestilah ceria, menarik serta kemas. Selain itu, penggunaan teknologi terkini juga amat dititikberatkan untuk menarik minat pelajar dalam memahami subjek yang diperbincangkan. Misalnya; penggunaan komputer, LCD, Power Point dan lain-lain lagi.

zahwati said...

a)Prasarana fizikal sesebuah bilik darjah memainkan peranan penting dalam memupuk minat pelajar untuk belajar dengan lebih baik bagi menampung perubahan yang
diperkenalkan.Selain itu,keluasan kelas yang tidak terlalu sempit serta bilangan pelajar yang tidak terlalu ramai juga diambil kira. Setiap perubahan yang dilakukan akan lebih berkesan sekiranya guru dan pelajar dapat memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan pembaharuan dan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh pihak kementerian itu.

b)Mengenai susunan fizikal yang sesuai untuk pembelajaran era terkini,susun atur kerusi dan meja mestilah yang bersesuaian dengan bilangan pelajar dalam kelas di samping mewujudkan satu ruang khusus untuk pembelajaran ICT.